Kata Alu-Aluan Pengetua

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan hidayah-Nya sekali lagi kita dapat menyambung satu usaha yang murni, laman blog SMK Agama Nurul Ittifaq. Laman blog ini berperanan sebagai penghubung warga sekolah dengan masyarakat, sektor pendidikan dan serata dunia. Selain daripada mewujudkan saluran maklumat mengenai sekolah, laman ini juga adalah sebagai satu medium bagi para guru dan pelajar melibatkan diri di dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Saya berharap laman ini dapat memberi seberapa banyak maklumat pendidikan dan mewujudkan komuniti maya diantara warga sekolah dan masyarakat.

Dalam era teknologi maklumat ini, kita semua memerlukan pengetahuan dan persediaan yang cukup. Tanpa kemahiran dan pengetahuan penguasaan maklumat akan menyebabkan generasi kita nanti akan ketinggalan. Oleh itu dengan adanya laman blog SMK Agama Nurul Ittifaq ini dapat menjadi wadah atau jalan kepada anak-anak kita untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan teknologi maklumat.

Semoga laman blog SMK Agama Nurul Ittifaq ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang ingin mendapat maklumat sekolah dan maklumat lain yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Akhir kata, selamat maju jaya dan selamat datang ke laman blog kami.

Sekian, terima kasih.

PN. HJH WAN SABRIAH BINTI WAN BAKAR
Pengetua SMK Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu.
 
 
 

Pautan Pendidikan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Rakan-Rakan

PJK Kg Pantai, Kuala Besut, Terengganu.

Statistik Blog

free hit counter