Sejarah Sekolah



Idea penubuhansekolah ini diilhamkan oleh Tuan Guru Hj Abas bin Hj Mohamad. Beliau merupakan ulama terkenal di negeri Terengganu Darul Iman. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Daud, sekolah ini bermula di sekitar tahun 1930-an. Pada masa itu, jumlah pelajarnya tidak sampai 100 orang. Mereka datang dari seluruh negeri Terengganu dan beberapa orang luar seperti Sabak Bernam, Selangor. Sekolah ini dinamakan Madrasah Nurul Ittifaq (Sekolah Cahaya Muafakat) sebagai lambang permuafakatan orang ramai membina sekolah tersebut. Mata pelajaran yang diajar pada masa itu ialah mata pelajaran agama sahaja yang diajar dalam Bahasa Arab.

Tenaga Pengajar
Tanggungjawab untuk mentadbir sekolah diserahkan kepada Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid yang berasal dari Ranau, Palembang, Sumatera. Beliau dibantu oleh Ustaz Daie juga dari Sumatera, dan Ustaz Abdul Rahman dai Cherang Ruku, Semerak, Kelantan untuk membimbing masyarakat Besut ke arah pendidikan agama yang sistematik.

Lokasi Sekolah
Tapak awal madrasah ini ditempatkan berhampiran dengan Bank Pertaniaan iaitu persimpangan ke Pekan Kuala Besut, kemuadian ke Jalan Mek Su Mek. Disebabkan kurang sesuai, sekali lagi madrasah ini dipindahkan berdekatan Surau Tok Sheikh, Kuala Besut. Pada tahun 1958, bangunan sekolah didirikan di kawasan pantai iaitu di tapak perhentian bas, Kuala Besut secara gotong royong masyarakat kampong. Apabila Ustaz Mustafa Labib bin Hj Yazid kembali ke Ranau, Palembang, Madrasah menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. Implikasinya, pengajian madrasah tergendala hampir empat tahun.

Pemulihan Madrasah Nurul Ittifaq
Atas kesedaraan masyarakat tempatan, madrasah tersebut dibuka kembali. Tokoh yang bertanggungjawab termasuklah pemimpin tempatan Kuala Besut iaitu Wan Ali Wan Yusof, Haji Wan Hashim, Che Lah Ad dan Che Ku Jusoh. Seorang guru agama dilantik untuk menguruskannya. Menurut bekas pelajarnya, Ustaz Salleh bin Hj Husin telah dilantik menjadi pengetua. Beliau dibantu oleh Wan Ahmad, Ustazah Khatijah dan Che Ku Abdul Rahman bin Abdullah.

Pada tahun 1981, sekolah ini telah diletakkan di bawah Tadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Semenjak tarikh itu, sistem pendidikan ketika itu diubah mengikut sistem sekolah agama dan sekolah Arab yang ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu

 
 
 

Pautan Pendidikan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Rakan-Rakan

PJK Kg Pantai, Kuala Besut, Terengganu.

Statistik Blog

free hit counter